Sunday, November 14, 2010

Menarik today: Jadikan kekayaan itu menjadi medan berbuat amal yang membuahkan pahala.

Sebagai manusia, Allah SWT mengizinkan kita mencintai dunia. Mana 
mungkin kita membenci dunia, kerana ia adalah sebahagian daripada 
diri kita. Kita adalah makhluk yang mendiami dunia ini. Allah SWT 
menyebut di dalam al-Quran, yang mafhum-Nya:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa 
yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak 
daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak 
dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi 
Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga),” (Ali ‘Imran: 14)

Kecintaan kepada dunia dibolehkan, selagi mana ia tidak 
mengkesampingkan kecintaan kepada Allah SWT. Dalam bahasa yang 
sering diungkap, cinta dunia cinta yang fana; cinta Allah cinta 
yang baqa. Maka, seiring dengan kecintaan ini juga, kita selalu 
diperingatkan oleh Allah SWT: “Dan di antara manusia ada orang-
orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka 
mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-
orang yang beriman sangat cinta kepada Allah,” (al-Baqarah: 165)

Untuk melentur kecintaan terhadap dunia ini, maka Islam 
menggalakkan kita agar bersifat zuhud terhadapnya. Zuhud adalah 
salah satu daripada didikan sifat-sifat mahmuda (terpuji). 
Menjiwainya mampu melunakkan hati. Baiklah, mari kita cermati 
ungkapan Ibnu Jauzi mengenai kemelut cinta dunia dan zuhud:

“Perumpamaan orang yg mencintai dunia seperti orang yang menanam 
benih tapi tak kunjung ada hasil. Orang yg hatinya mencintai 
dunia, jasadnya kamu lihat melakukan ibadah sepanjang usianya 
untuk mendekatkan diri kepada Allah; tetapi hatinya menjauhkan 
dirinya dari Allah. Sesungguhnya kamulah pemimpin yang mengatur 
dunia ini dengan zuhudmu yang mampu menundukkannya. Dan kamu akan 
jadi budaknya jika kamu merindukan dunia. Sungguh, orang yang 
merindu kepada sesuatu yang dikehendaki hawa nafsu, berarti ia 
menjadi hamba baginya.”

Tanpa prejudis, sering kali kalimah zuhud disalah ertikan sebagai 
jalan yang diambil oleh orang-orang agama yang meminggirkan dunia 
dalam hidupnya. Akibatnya, ada orang yang hidup ala kadar, 
berkereta seadanya sahaja dan sebagainya lagi dianggap zuhud. 
Mereka ini kononnya bila makan, nasinya berlaukkan garam, bila 
tidur beralaskan lengan, maka zuhudlah itu.

Hakikatnya, zuhud bukanlah seperti yang digambarkan. Zuhud bukan 
seperti itu. Zuhud di sisi Islam bermakna, kita memiliki dunia dan 
segala isinya; tetapi semua itu diletakkan di tangan; bukannya di 
hati. Si kaya boleh kekal kaya; tetapi hatinya tidak leka. 
Sebaliknya, kekayaan itu menjadi medan berbuat amal yang 
membuahkan pahala.

Dalam sejarah, ada seorang khalifah yang pernah memerintah sebuah 
kerajaan yang besar. Namun, kehidupannya amat sederhana. Baginda 
menolak kemewahan melampau, meminimakan keraian diraja dan 
sebagainya lagi. Baginda sebaliknya mempromosikan kehidupan yang 
sederhana, dengan melazimkan diri dan keluarganya hidup sebagai 
‘orang biasa.’ Namanya terkenal sekali, tidak lain tidak bukan, 
bagindalah Khalifah Umar bin Abdul Aziz r.a, yang memerintah pada 
tahun 99 – 101 hijrah daripada Dinasti Umayyah.

Sesungguhnya, Khalifah Umar Abdul Aziz adalah contoh manusia 
zuhud. Dunia dan isinya terbentang di depan mata; baginda boleh 
menikmatinya dan tenggelam dalam busa kemewahan – jika baginda 
mahu. Tetapi, baginda meletakkan semua itu hanya di hujung jari-
jemarinya; tidak menyelaputi mata hatinya. Maka, baginda kekal 
sebagai manusia berjiwa merdeka yang tidak ditakluk dunia. Jika 
dikaitkan dengan madah Ibnu Jauzi, maka Umar Abdul Aziz adalah 
manusia merdeka dan bukannya hamba dunia!

Dalam kerangka yang lebih luas, baginda Rasulullah SAW adalah 
model manusia yang paling jelas kezuhudannya. Baginda zuhud, 
sedangkan baginda kaya. Baginda s.a.w boleh memiliki 1/5 harta 
rampasan perang, jika baginda mahu. Baginda boleh memiliki gunung 
emas, sebagaimana yang ditawarkan Jibril; namun baginda enggan. 

Baginda boleh menguasai segala kekayaan Jazirah Arab jika itu yang 
nabi inginkan, tetapi nabi memilih kesederhanaan.
Inilah penawar kecintaan dunia, zuhud namanya. Zuhud menjadikan 
kita manusia yang tidak mudah kecewa bila harta luput daripada 
pandangan dan tidak pula lupa diri bila ia dating sebagai ujian. 

Firman Allah SWT, mafhum-Nya: “Supaya kamu tidak bersedih hati 
akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira 
dengan apa yang diberikan kepada kamu.” (al-Hadid: 23). 

Wallahua’lam.

Simpanlah emas kerana nilainya semakin naik dan naik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua sahabat yang membaca luahan seorang pencinta emas.Alhamdulillah bersyukur pada Allah Taala dengan izinNya diri ini diberi petunjuk untuk mengenali emas , salah satu logam ciptaanNya untuk umat manusia.

Ramai yang bertanya pada saya , boleh kayakan memiliki dan berniaga emas ? Jawapan yang paling simple yang saya dapat simpulkan adalah :
“Emas tidak akan membuatkan anda kaya serta merta tetapi boleh mengelak anda dari semakin miskin”.

Sebagai contoh :

Sebelum ini anda belum mendirikan rumahtangga , so tanggungjawab anda pada kedua ibubapa
Kalau sekarang anda sudah mendirikan rumahtangga , so tanggungjawab anda pada kedua ibubapa dan isteri.
Kalau anda sekarang sudah mempunyai anak , so tanggungjawab anda pada kedua ibubapa , isteri dan anak.
Kalau anda sekarang sudah mempunyai lebih dari seorang anak , so tanggungjawab anda pada kedua ibubapa , isteri dan anak-anak.

Kesimpulannya disini semakin hari semakin banyak tanggungjawab yang anda wajib pikul.So secara tidak langsung , kos kewangan anda semakin meningkat sedangkan aset yang anda miliki sekarang semakin susut nilai ( duit fiat ) .

Bagi saya jalan penyelesaian untuk stabilkan sistem kewangan kita , simpan sebahagian aset kita dalam bentuk emas kerana nilai emas semakin naik.Kos kewangan anda semakin naik , aset anda miliki pun semakin naik.

Monday, October 25, 2010

Sekarang RM20 RIBU November 2010 RM40 RIBU

Peluang untuk menjadi Dealer Public Gold masih dibuka sehingga 31 Oktober 2010. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. 

Syarat utk menjadi Dealer pada NOVEMBER 2010 ialah RM40 RIBU 

SEKARANG hanya RM 20 RIBU sahaja......JANGAN RISAU kami akan bantu anda semua. Siapa cepat dia dapat

Anda hanya perlu bayar 30% shj selebihnya kami akan bantu anda.....

Sunday, October 24, 2010

Emas yang Tulin dan di beri Pengiktirafan

sijil pengiktirifan Public Gold. 

Sijil Ketulinan Emas.

KEPADA PEMINAT2 EMAS JANGAN RAGU2 LAGI UNTUK MEMBELI EMAS...DENGAN SAYA KERANA IANYA DISAHKAN TULIN DAN DI BENARKAN BEROPERASI OLEH BANK NEGARA...DAN JUGA MENDAPAT PENGIKTIRAFAN MALAYSIAN BOOK OF RECORD...............
CALL ME NOW FOR LOCK PRICE............

Perbezaan harga emas 2009 dan 2010

Harga hari ini tak akan kite jumpa untuk TAHUN HADAPAN..EMAS TETAP NAIK..

"
"Kita masing-masing sedang memegang kuali kecil didalam sebuah lombong emas. Setiap kali melihat orang lain bersorak gembira, kita mula mencari dimana silapnya kita, sedangkan dalam masa yang sama kita masih berdiri tanpa berbuat apa-apa...."

Rahsia Buat Duit Dengan Emasssss... !!

Hari ini saya akan dedahkan secara eksklusif dan berani bagaimana peniaga dan pemilik emas buat duit dengan emas yang mereka miliki terutama pembeli dan peniaga emas Public Gold.. Rahsia ini cukup eksklusif bagi mereka  yang berani  dan faham bagaimana sebenarnya emas mampu memberikan pulangan lumayan. Lagi besar kita melabur dengan membeli dan menyimpan emas ..lagi banyak income yang kite perolehi.


simpanlah emas dari sekarang untuk melindungi aset anda.
Saya kongsikan disini kisah realiti yang sahih lagi benar untuk membuktikan bahawa emas mampu memberikan pulangan yang lumayan pada penjual dan pembeli emas. Kefahaman ini amat penting kerana ramai yang membeli emas ini terikut - ikut trend macam beli saham ataupun main forex...beli ari ni nak untung besok. Dan kadang - kadang bila tengok  harga emas dah turun ..dah takut dan seriau..takut rugi. Ingatlah beli dan berniaga emas ini untuk jangka masa panjang..sekurang - kurang setahun.


Kita ikuti kisah benar ini...al kisah....Pada 15 Ogos 2009 seorang pembeli telah membeli 100 gram emas Bar Public Gold dengan harga RM11,322.00..dan pada hari ini beliau telah menjual semula emas itu kepada agen public gold pada harga WE BUY...Harga WE BUY  pada hari ini untuk emas Public Gold adalah RM 14088 !.


Oleh itu berapakah keuntungan pembeli A ?. RM14088 - RM11,322.00 = RM2766.0 atau keuntungan 24.4 % setelah menyimpan emas yang dibeli selama 14 bulan. Ini lah kelebihan pembeli dan penyimpan emas...


Ingatlah emas merupakan pelaburan jangka masa panjang ..harga emas turun naik perkara biasa..namun dalam masa SECARA TAHUNAN DIA TETAP NAIK..

Renungan Bersama: Emas dan Dinar............

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi).
(Surah Ali Imran, ayat 14)
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham(untuk digunakan). 
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.